Kekadang kita tak hargai apa yang kita ada.
Terkesan juga hati saya baca satu confession ini. Confessor ini adalah salah seorang pelajar dari sebuah universiti. Ada antara kawan kawan universitinya yang suka membazir. Makan tak habis. Confessor bukan dari golongan keluarga berada. Terpaksa berjimat. Terpaksa ikat perut. Sejak first year lagi dia cuma makan nasi dengan sayur sehari sekali. Malam cuma makan biskut. Bila tengok kawan kawan membazir makanan macam tu, apa perasaan dia? Pastinya sedih. Bila cuti semester, dia terpaksa buat kerja part time untuk tampung perbelanjaan. Paling sedih bila dia cakap yang dia teringin nak makan macam kawan kawan dia, tapi semua tu tak mungkin berlaku. This is freaking sad really. To confessor #857, awak memang seorang yang tabah. Couldn't imagine how a student only spend RM30 per month. Saya, sekurang kurangnya spend RM300 per month.
Teringat pula adik roomate hari hari makan maggi. Makan maggi waktu malam tu biasa tapi kalau makan tengahari pun maggi sebab nak berjimat rasa kesian sangat. Dulu masa saya sekolah rendah, saya selalu sangat membazir makan. Mama abah selalu je marah sebab suka membazir. Kalau Allah tiba tiba tarik balik rezeki macam mana? Bila dah besar dan ingat balik, rasa macam teruknya diri ni taktau hargai rezeki.



No comments:
Post a Comment