Sunday, December 2, 2012

Harimau mengaum dua kosong

Assalamualaikum!

Haa haa haa *sawan kebabian apakah ini?*

Tengah dok syok layan timeline tetiba Nim text ajak pi keluar makan. Woho cam tau je aku tengah lapar. Padahal dekat maghrib tadi dah melantak. Bapak tong drum perut aku ni. *usap perut*

MasyaAllah siapa punya graphic ni? Lawa gila ah. *pitams*





















Kedai kedai makan malam ni memang semua full house. Memang dah agak sebab malam ni kan game Malaysia vs Indonesia. Rugi kalau ketinggalan. Rugi rugi. Ktrg lepak Jentayu Kopitiam, tapi kejap je. Gosip gosip, makan, tangkap gambar lepas tu balik hehehe. Nowadays, macam tak lengkap je kalau tak tangkap gambar kan lol. 

Sebelum gerak Jentayu, 2 - 0. Cadangnya balik kang nak sambung tengok (baca: scrolling timeline) tapi sampai je rumah tengok semua orang di timeline dah cakap alhamdulillah Malaysia menang, Harimau Malaya good job la apalah. Lol baru nak layan dah menang kahkah. Setail lah Harimau Malaya. Ehem hero hero kita malam ni ye siapa lagi kalau bukan mereka semua, team Harimau Malaya. Man of the match goes to Mahali Jasuli! Tahniah. Jangan setakat kenal Wan Zack Haikal je, pemain lain pun haruslah anda kenal. Btw, lupakanlah Zack sebab beliau sudah dimiliki. Jangan jadi ibarat mencurah air ke daun keladi saja nasihat saya ini. Tak percaya baca SINI. kehkehkeh

Laos lepas. Indonesia lepas. Akan datang Malaysia vs Thailand pada 13th December. Jyeahh Harimau Malaya BOLEH! Selamanya Harimau Malaya. Saya tak kisah kalau risiko mungkin kalah, tetap sokong. Menang sanjung timang tinggi tinggi cucur atap tapi bila kalah, kutuk bagai tiada hari esok. Sila bungkus kain baju tilam bantal awak dan laju laju pergi pindah Israel. Wah tetiba patriotik. LMAO kbai


No comments:

Post a Comment