Tak couple tak semestinya hidup tak best, tak ceria, loser, pathetic, dunia ini bagaikan tidak berpenghuni (sunyi sepi). hakhadoii. Kenapa i belum ade sesiapa lagi? Padahal i cantik, gorjes, menawan, kulit putih dan blalala. Oh damn, ini tak adil! *agak annoying disitu* Ade certain yang rasa macam tu. No no no. Sometimes orang yang kapel lagi stress. Yelah hehari gaduh. hahah *bagi yang gaduh la kan.
Tapi serious kalau tengok dorang gaduh agak sekeri la kot. Kekadang aku nak tego pun pikir 2345 kali. huhu. Risau gak kot2 terkena tempias ke kang. Kang kena maki free. Sesia je. ngeh. Tapi nasib baik la cool je kan. Takde nak maki2 orang lain tak memasal. hoho. Gaduh kemain macam ye ye nak putus dah seminit lagi tapi lepas tu baik balik. Sangat poyo. *jangan terasa. hahaha.
Btw, tahukah anda apa kelebihan bila SINGLE?
Baru je tadi aku terbaca satu entri kat sini.
1) Kawan
Hak untuk berkawan dengan sesiapa saja yang berlainan jantina terutamanya. Ni yang best. Nak cari scandal reramai pun boleh. hahah. Takde orang nak jeles2. Takde orang nak marah2 bila chat dengan kawan lelaki.
Asal you selalu chat dengan budak tu? Dia sape dengan you? Dia ke i bi eff you ni, hah?
Dia adik i lah giler!
2) Bebas
Bebas nak buat apa pun. Eh, bukan buat benda tak senonoh. Itu tak boleh! Ade certain bi eff yang sangat mengongkong gi eff dia. Ekceli ni depends on gi eff sendiri. Kalau dia rasa mengongkong, mengongkong la jawabnya. Kalau rasa tindakan tu caring, caring la. Sama la jugak macam bi eff.
Erm, boleh tak kalau i nak pegi event tu. Semua housemate i pegi. Boleh tak?
Tak boleh! You duduk je rumah kemas rumah, tengok tv, baca buku, memasak, main fesbuk, blalala.
Contoh saje. Lagi sekali jangan terasa. mihehehe
3) Kewangan
Hoho jelas lagi nyata duit lebih jimat la kalau single. Tapi kalau kapel? Sekali keluar makan, bape hengget dah kan. Kalau jenis gi eff yang tak reti consider. Tiap kali keluar mesti bi eff yang kena bayar, agak sesak kot. Duit pinjaman habis ke gi eff je. Duit isi minyak keter, duit top up henpong lagi. Bila pokai mula lah menggagau cari duit. Memeber jugak jadi mangsa. Ish ish. Tu tak termasuk lagi eniveseri, besday dan ape2 ntah lagi. Haha tak semua la macam tu. Ade je yang ok.
Bila you nak belanja i plak? Asyik i je yang belanja you.
Eh, dah you yang ajak i keluar. Pahal i plak yang kena bayar?
4) Masalah kurang
Masalah diri yang sedia ada pun terlebih, tak tertanggung ni kan pulak kalau ade masalah dengan bi eff/gi eff. Kalau single, takde la sesi tuduh menuduh macam ni ataupun masalah kekasih dirampas orang ketiga. ha ha.
You ade perempuan lain!
Eh helo, sape yang curang dulu?
Blalalalala. Ok kita putus!
Kfain! Lu buleh blah!
5) Tanggungjawab
Bila dah kapel sure sayang kan? Dan bila dah sayang sure la nak protect si dia kan? *sila dengar lagu Berdua Bersatu by Forteen sekarang* Bila takde depan mata, mesti rasa risau kot jadi pape pada si dia.
You kat mane ni? Dah sampai belum? Drive elok elok tau. Risau i tau.
Ok, jangan risau. You pun sama. Take care ok?
If single jaga diri sendiri je. Tak perlu nak jaga orang lain (bi eff/gi eff). Hanya jaga famili dan kawan2. (:
-------------------------




No comments:
Post a Comment