Assalamualaikum.
Hello silent readersss sekalian. (macam ramai plak)
Korang tau kan? Hidup tanpa internet sangat lah tak bermakna dan bosan. Malah terasa diri amat loserrr. Aku ni dah lar kalau sehari tak mengadap laptop surf tenet memang tak lengkap hidup. Memang dah rutin seharian bangun pagi je on laptop dan terus on segala macam yang buleh di on. Fesbuk, blogwalking (wajib), twitter, formspring, tumblr merupakan aktiviti wajib. Heh.
Ehem.
Dua tiga empat lima hari nie aku asyik dengar ramai yang pung pang pung pang dok citer pasal government block beberapa website. Memang heboh sangat sebab bila dah jadi macam ni ramai yang mengamok lalu hentak hentak kaki sebab tak dapat nak download free dah. Sangat ramai okeh. Ape tunggu lagi? Kita bakoooo jee. Muahahah. Lepas tu siap ada warning nak lancarkan serangan hack website Malaysia. Hehh. Tapi bukan stakat warning okeh, memang dorang dah laksanakan pun! Good lahh! Hahaha. Jangan memain dengan hackers! Hackk hackk hackk! Btw, menurut sumber, kumpulan ini dinamakan The Anonymous yang melancarkan serangan Operation Malaysia.
Berikut adalah senarai website yang telah disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atas permohonan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri kerana melanggar Akta Hakcipta 1987.
Total semua 10 website. Banyak kot tuu. Okeh scroll downnn!
- · ThePirateBay.org
- · MegaUpload.com
- · FileServe.com
- · DepositFiles.com
- · FilesTube.com
- · Warez-BB.org
- · Movie2k.to
- · MegaVideo.com
- · PutLocker.com
- · DuckLoad.com
And ni plak adalah antara website Malaysia yang dah di hack. Pun banyak jugakk. Hahah.
- · SabahTourism.com
- · Tour Malaysia
- · Social Welfare Department (Ezi2care)
- · Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia
- · 1Malaysia
- · Ministry of Education
- · Perbendaharaan Malaysia
- · Malaysian Meteorological Service
- · Ministry of Education
- · ASEANconnect
- · Bomba
- · Kementerian Kerja Raya Malaysia
- · Jbiotech
- · UiTM Penang
Katanya dah 15 website Malaysia kena hack oleh kumpulan tersebut. Wohooo! Ternyata memang ramai lar yang bengang bila 10 website berkenaaan di blok. Tak dapat nak download free dah pasni. Grrrrrrrr.
ilustrasi
Sumber: kerangs.net




No comments:
Post a Comment